
Selain mengumumkan yang saya akan aktif semula dalam Kerenah Dunia. Saya juga menerima email-email cadangan dari rakan-rakan saya dan juga para pembaca setia Kerenah Dunia bagi memastikan Kerenah Dunia sentiasa konsisten dengan isu dan tersenarai dalam 10 search results teratas dalam search engine.
Setelah membuat penelitian terhadap cadangan-cadangan tersebut, saya dengan ini mengumumkan bahawa update blog kerenah dunia akan dilaksanakan sebanyak dua kali seminggu iaitu hari isnin dan khamis atas sebab-sebab berikut:
1. Update sebanyak 2 kali seminggu sudah memadai untuk meletakkan Kerenah Dunia berada dalam 10 tangga teratas search engine. Sebagai panduan para pembaca, sekiranya anda lupa URL penuh Kerenah Dunia, cuma taip 'Kerenah Dunia' dalam search engine dan anda akan jumpa link blog ini.
2. Berdasarkan pemerhatian saya yang lepas, update setiap hari menyebabkan ada pembaca yang tercicir ataupun terlepas isu-isu yang pada pendapat saya amat penting dan perlu di baca oleh semua. Oleh itu , pengurangan kekerapan update kepada 2 kali seminggu memberi peluang kepada semua pembaca untuk mengikuti perkembangan blog ini secara keseluruhan.
3. Walau bagaimanapun, sekiranya ada berita terkini yang penting di ketahui, saya akan postkan dalam blog ini dengan kadar segera tanpa mengikut kererapan 2 kali seminggu tersebut.
Saya harap para pembaca semua akan berpuas hati dan teruskan kesetiaan anda bersama KERENAH DUNIA
BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)